KANGAR: Keperitan hidup terpaksa mengikat perut setiap tengah bulan ketika bekerja di Kuala Lumpur 25 tahun lepas, mendorong pemilik gerai Zaidi Sabani memperkenalkan nasi bajet serendah RM5 pada 2010, bagi membantu golongan kurang berkemampuan khususnya anak muda yang baharu memasuki alam pekerjaan.
Zaidi, 41, berkata apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkenalkan Menu Rahmah pada awal tahun ini, beliau menyambut baik usaha itu dan turut memperkenalkan tiga sajian istimewa iaitu set pertama ayam masak merah bersama sayur campur, set kedua ayam masak kicap dengan kangkung goreng belacan serta set ketiga ayam goreng kunyit dan kailan ikan masin.
"Saya rasa seronok tengok pelanggan makan dan mereka pulang dengan perut kenyang sebelum berehat selepas seharian penat mencari rezeki," katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Menceritakan pengalamannya, pemilik gerai Warung Insaf Fahmi di Taman Ira itu berkata beliau terpaksa membahagi dua mee segera untuk mengalas perut selama dua hari kerana gaji yang diterima tidak mencukupi pada ketika itu.
"Gaji yang diterima hanya cukup-cukup untuk bayar sewa rumah, tambang bas dan selebihnya untuk dihantar ke kampung sahaja...senang hanya pada awal bulan sahaja bila tengah bulan, poket dah kosong.
"Mengenang kembali kesusahan yang terpaksa dihadapi ketika itu, saya tergerak hati menjual menu makanan serendah RM5 pada tahun 2010 bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan khususnya golongan remaja yang baharu memasuki alam pekerjaan," katanya.
Bapa kepada dua anak itu berkata walaupun keuntungan yang diperoleh tidak seberapa, beliau rasa gembira dapat berniaga sambil bersedekah membantu meringankan beban golongan B40.
"Untung sedikit tak apa, janji hati rasa gembira bila dapat bantu orang lain walaupun sedikit," katanya sambil tersenyum.
Katanya kebanyakan daripada pelanggannya terdiri daripada anak muda yang baharu mula bekerja, apabila melihat mereka makan dan lepak di gerai mengingatkan kembali kenangan ketika bekerja di Kuala Lumpur satu ketika dahulu.
Zaidi berkata beliau akan sentiasa membaharui menu agar pelanggan tidak jemu menikmati sajian yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 14 2023
Kerajaan pada awal tahun ini memperkenal Menu Rahmah yang menawarkan hidangan makanan pada harga RM5 dan ke bawah, khusus bagi membantu meringankan beban golongan miskin dan berpendapatan rendah. - Gambar hiasan/BERNAMA
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Arsenal tidak akan menjadi juara liga - Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo, berkongsi pendapatnya dengan menjelaskan bahawa Arsenal tidak akan menjadi juara Liga Perdana Inggeris (EPL).
[TERKINI] KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau dengan teliti trajektori gelombang peningkatan dua kali ganda kes COVID-19 yang dilaporkan oleh Singapura baru-baru ini.
Pengalaman ikat perut di KL, dorong peniaga perkenal nasi bajet sejak 2010
Zaidi Sabani memperkenalkan nasi bajet serendah RM5 pada 2010, bagi membantu golongan kurang berkemampuan.
Kerajaan cari jalan, tidak akan biar rakyat 'ikat perut' - Perdana Menteri
Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tidak hanya berpeluk tubuh.
#BenderaPutih: 5 beranak enam bulan ikat perut terima bantuan perumahan
Mereka sebelum ini terpaksa hidup berhimpit kerana hanya mampu menyewa sebuah bilik di Jalan Munshi Abdullah, dengan kadar RM350 sebulan.
#BenderaPutih: Bapa tunggal hanya fikirkan perut tiga orang anaknya
Jika dahulu Yaakob Montel mampu meraih pendapatan sehingga RM150 sehari dengan menyewa lori miliknya, namun kini, semuanya terhenti.
'Terima kasih sudi tolong kami'
Suganthi berkata dia menerima berpuluh panggilan yang menyatakan kesudian untuk menghulurkan sumbangan dan bantuan demi kelangsungan hidup bersama anak perempuannya.
Nauraj Singh melabur duit poket RM50,000 demi kejayaan di Eropah
Terpaksa mengikat perut, tetapi ia tidak menghalang Nauraj meraih gelaran di Hungary dan Republik Czech sejak dua minggu lalu.